Monday, September 9, 2013

PEPERIKSAAN UPSR 2013

Peperiksaan UPSR 2013 telah bermula pada hari ini iaitu 10 September 2013 hari Selasa yang bermula dengan kertas soalan Bahasa Melayu Pemahaman pada jam 8.15 pagi.  Murid-murid SK Seri Langkap yang mengambil Peperiksaan UPSR 2013 pada tahun ini adalah seramai 21 orang yang terdiri daripada 9 murid lelaki dan 11 murid perempuan.  Peperiksaan ini akan diadakan selama 3 hari yang bermula hari selasa dan berakhir pada hari khamis.  Diharapkan murid-murid SK Seri Langkap dan semua murid yang terlibat dalam peperiksaan ini dapat menjawab dengan baik dan tenang untuk memperolehi keputusan yang cemerlang nanti.

(perkarangan tempat peperiksaan UPSR 2013 SK Seri Langkap)

No comments:

Post a Comment