Sunday, October 20, 2013

Kejohanan Olahraga Tahunan SK Seri Langkap 2013

09-10 Oktober 2013
Rabu & Khamis
Padang SK Seri Langkap, Setiu, Terengganu




PERTANDINGAN KALAM JAMAI'E

SK. Seri Langkap, Setiu, Terengganu antara sekolah yang mewakili sekolah daerah Setiu dalam Pertandingan Kalam Jamai'e yang berlangsung di SK Kuala Berang, Terengganu.  Pertandingan ini diadakan pada 30 September 2013 (Isnin) disertai oleh semua wakil daerah setiap sekolah di Terengganu bagi dipilih untuk menjadi wakil ke pertandingan ke peringkat yang lebih tinggi lagi iaitu diperingkat negeri.  SK Seri Langkap telah mendapat tempat ke 4 dalam pertandingan tersebut.  Ini merupakan pengalaman pertama dan akan dijadikan pengalaman yang berilmu untuk ke pertandingan akan datang. 


Monday, September 9, 2013

PEPERIKSAAN UPSR 2013

Peperiksaan UPSR 2013 telah bermula pada hari ini iaitu 10 September 2013 hari Selasa yang bermula dengan kertas soalan Bahasa Melayu Pemahaman pada jam 8.15 pagi.  Murid-murid SK Seri Langkap yang mengambil Peperiksaan UPSR 2013 pada tahun ini adalah seramai 21 orang yang terdiri daripada 9 murid lelaki dan 11 murid perempuan.  Peperiksaan ini akan diadakan selama 3 hari yang bermula hari selasa dan berakhir pada hari khamis.  Diharapkan murid-murid SK Seri Langkap dan semua murid yang terlibat dalam peperiksaan ini dapat menjawab dengan baik dan tenang untuk memperolehi keputusan yang cemerlang nanti.

(perkarangan tempat peperiksaan UPSR 2013 SK Seri Langkap)

Sunday, September 8, 2013

PENGORBANAN GURU (Guru redah sungai 12 kilometer ke sekolah)

KERALA, India - Seorang guru di India sanggup berenang meredah sungai sejauh 12 kilometer (km) setiap hari seawal pukul 9 pagi untuk ke sekolah di perkampungan Malappuram di sini, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Abdul Mallik yang telah menjadi guru sejak 20 tahun lalu itu akan meredah air sungai yang mencecah paras leher dengan bantuan sebuah tiub tayar di pinggangnya.
Ketika berenang merentasi sungai, semua kelengkapan seperti pakaian, kasut dan bekalan makanan Mallik akan disimpan di dalam satu beg plastik dan dijulang dengan sebelah tangan hingga dia tiba ke seberang.
Walaupun sukar, ini adalah tanggungjawab yang menjadi rutin harian dan perlu dilakukan guru berusia 40 tahun itu untuk ke sekolah setiap hari.
"Jika saya ke sekolah dengan menaiki bas ia mengambil masa selama tiga jam untuk perjalanan sejauh 12 kilometer.
"Jadi, berenang merentasi sungai adalah lebih mudah, cepat dan saya boleh tiba ke sekolah tepat pada masanya," kata Mallik.
Menurut laporan media tempatan, Mallik akan menukar pakaian basahnya di belukar di tebing sungai dan meneruskan perjalanan menaiki bukit selama 10 minit untuk tiba ke sekolah.
Guru kerajaan seperti Mallik biasanya menerima gaji sebanyak Rs.25,000 (RM1,281). - Agensi

Sunday, July 7, 2013

Selamat Menyambut Kedatangan Ramadhan

Rai Kedatangan Ramadhan Raih Kemenangan Islam

 

Perkhemahan SK Seri Langkap 2013

Tempat : Dataran SK Seri Langkap, Setiu, Terengganu
Tarikh : 4 - 6 Julai 2013
Peserta : Tahap 2 (Tahun 4,5 dan 6)

Monday, April 8, 2013

UJIAN PERMATA PINTAR UKM1 2013

Ujian Permata Pintar UKM1 kembali lagi untuk diduduki oleh murid-murid sekolah di seluruh Malaysia yang bermula pada 1 Februari 2013 hingga 30 Mei 2013.  Cikgu-cikgu atau EIO bolehlah mendaftarkan penyertaan murid-murid di sekolah masing-masing.  Ujian ini terbuka pada pelajar berumur 9 tahun hingga 15 tahun.  Jika lulus ujian UKM1, murid tersebut akan menjalani ujian UKM2 pula.  Selamat menjalani ujian Permata Pintar UKM1 2013.


*Sila ke http://ukm1.permatapintar.edu.my/ untuk mengambil ujian UKM1.




KEJOHANAN BOLA JARING MSSD ZON SETIU TIMUR 2013

TEMPAT : PADANG SK SERI LANGKAP, SG. TONG
TARIKH : 8 - 9 APRIL 2013
MASA    : 2.00 - 5.00 PETANG

Tuesday, March 26, 2013

Selamat Cuti Sekolah

Cuti sekolah sudah bermula...... dari 22 march 2013 hingga 30 march 2013... selamat bercuti semua ...