Monday, December 19, 2011

PENGESAHAN PENDAFTARAN MURID 2012

TEMPAT : DEWAN TERBUKA ILMUAN SK SERI LANGKAP
TARIKH : 28 DISEMBER 2011
MASA    : 9.30 PAGI - 10.30 PAGI

*Ibubapa diwajibkan hadir untuk membuat pengesahan pendaftaran bagi sesi persekolahan 2012.

Sunday, October 30, 2011

cara menghapuskan virus shortcut

1) Klik pada START > RUN
2) Taip cmd pada command prompt
3) Jika pendrive anda G , taipkan di command prompt;
4) Attrib -h -r -s /s /d g:*.*
5) Tekan Enter
6) Anda boleh buka folder dalam pendrive anda, terdapat 2 folder yang sama...dan delete folder yang ada virus shortcut tersebut....


------------------selamat mencuba----------------------

Saturday, September 24, 2011

Sambutan Hari Raya SKSL

Tempat : Dataran SK. Seri Langkap
Jam : 10.00 Pagi - 1.00 Tghari
Tarikh : 19 September 2011
Aktiviti : Nyanyian lagu raya
              Salaman & bermaafan
              Pembahagian duit raya
 Salam Lebaran dari semua warga SK Seri Langkap

Wednesday, September 14, 2011

Sambutan Hari Kemerdekaan Dan Hari Malaysia 2011

Sk Seri Langkap baru-baru ini telah mengadakan Sambutan Hari Kemerdekaan Dan Hari Malaysia pada 8 September 2011.  Bertemakan "Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera" untuk Sambutan Kemerdekaan tahun ini.  Pelbagai aktviti yang dijalankan oleh Sk Seri Langkap untuk Sambutan Hari Kemerdekaan ini bagi mengingatkan generasi muda masa kini mengenai  halangan ditempuhi oleh negara kita iaitu Malaysia bagi mencapai kemerdekaan.


Tarikh   : 8 September 2011
Hari       : Khamis
Jam       : 7.45 Pagi
Tempat : Dewan Ilmuan, Sk Seri Langkap

Aktiviti:
Nyanyian Lagu - Negaraku, Selamat Sultan, Jalur Gemilang
Laungan Merdeka
Pertandingan - Mewarna, Kolaj

Monday, September 12, 2011

Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR 2011

Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR 2011 kepada murid Tahun 6 SK Seri Langkap...Anda Boleh......

Saturday, July 23, 2011

Program Rehat Minda

 Tarikh : 19 Julai 2011,    Masa : 8.00pg-6.00ptg
Tempat : Peladang Agro Resort, Setiu
Sempena bakal menempuhi peperiksaan UPSR, pihak sekolah telah mengadakan satu program "Rehat Minda" iaitu program bagi merehatkan minda untuk menghadapi peperiksaan yang akan dihadapi oleh murid tahun 6 SK Seri Langkap, Sg. Tong, Setiu. Program ini dijalankan di Peladang Agro Resort, Setiu. 

Saturday, July 16, 2011

Keistimewaan Bulan Syaaban

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh keberkatan.  Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa. 


SUMBER : http://panduanpercuma.info/agama

Monday, July 4, 2011

Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia

Aturcara Majlis
7.00 Pagi    :  Peserta melapor diri
                       Bacaan doa
                       Membaca perutusan
                       Senamrobik
8.00 Pagi     :  Larian Serentak 1M 1S 1Malaysia
9.30 Pagi     :  Rehat
10.00 Pagi   :  Permainan 1M 1S 1Malaysia
                       Bola Sepak
                       Bola Jaring
11.00 Pagi    : Penyampaian Hadiah
11.30 Pagi    :Gotong Royong
12.30 T/hari : Bersurai


Bola Jaring

Bola Sepak

Pendaftaran Larian

Pemakaian Nombor Larian

Cop Perakuan Larian Oleh Guru Besar

Senamrobik


Senamrobik

Memulakan Larian


Larian Bermula

Larian Tamat

Penyampaian Hadiah

Tuesday, June 21, 2011

1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

LARIAN SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA SELURUH NEGARA

Tarikh : 02 Julai 2011 (Sabtu)
Masa : 7.45 pagi
Tempat : Ditentukan oleh sekolah masing-masing
Sasaran : Semua murid, guru, staf sokongan, ibu bapa, ahli keluarga, ahli masyarakat setempat dan lain-lain  yang berminat. 


untuk keterangan lanjut, layari laman web ini 
>>>> http://www.moe.gov.my/bsukan/

Saturday, June 11, 2011

Tuesday, May 17, 2011

Majlis Sambutan Hari Guru 2011

Majlis Sambutan Hari Guru 2011 SKSL yang bertemakan "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara" telah diadakan pada 16 Mei 2011 bertempat di Dewan Terbuka SKSL.  Majlis dimulakan  dengan bacaan doa di Dataran SKSL.  Seterusnya diteruskan dengan bacaan Perutusan Pengarah JPNT, Perutusan Ketua Pengarah KPM dan Perutusan Menteri Pelajaran Malaysia. Aktiviti permainan dimulakan dengan permainan sukaneka antara guru dan staf SKSL. Kemudian Majlis diteruskan dengan Persembahan murid & guru serta acara pertukaran hadiah dan penyampaian hadiah.  Majlis diakhiri dengan jamuan.

Persembahan Murid SKSL

Bacaan Perutusan,

Bacaan Ikrar & Nyayian

Aktiviti Indoor

Saturday, April 16, 2011

MINUMAN MILO PERCUMA

Minuman MILO percuma diberikan setiap tahun untuk setiap sekolah.  Setiap murid mendapat satu cawan minuman MILO. Terima kasih kepada Nestle MILO untuk minuman percuma tersebut.... "Minum MILO anda jadi sihat dan kuat"....

Prasekolah

Santai minum Milo

Mari Minum





Beratur Mendapatkan Minuman Milo


MAJLIS TADARUS AL-QURAN 2011

Majlis Tadarus Al-Quran diadakan setiap tahun untuk memantapkan kefahaman dan meningkatkan penguasaan murid melalui perlaksanaan acara-acara seperti Tilawah dan Hafazan Al-Quran, bercerita dan nasyid. Bagi mencungkil bakat dan memastikan murid-murid menguasai kemahiran-kemahiran di dalam modul-modul pengajaran dan pembelajaran, pertandingan-pertandingan seperti ini telah diadakan. Justeru, SK Seri Langkap, Setiu telah dipilih untuk mengelola MTQ peringkat sekolah-sekolah rendah zon timur pada tahun ini.

Juri Pertandingan Bercerita

Juara Nasyid (SK Seri Langkap)

Para Peserta & Penonton

Juri Pertandingan Nasyid

Peserta Pertandingan Nasyid


Peminat


Peserta Tilawah Al-Quran

Peserta Memulakan Bacaan

Peserta menunggu giliran


Pertandingan Bercerita

Peserta Pertandingan Bercerita
SENARAI SEKOLAH YANG TERLIBAT

1) SK SERI LANGKAP
2) SK SUNGAI LAS
3) SK KAMPUNG JAYA
4) SK SUNGAI TONG
5) SK LUBUK TERAS
6) SK BUKIT MUNDOK
7) SK TAYOR
8) SK PAK BA
9) SK KAMPUNG BARI (SG. TONG)
10) SK KAMPUNG BUKIT (HULU NERUS)
11) SK KAMPUNG FIKRI (SG. TONG)