Saturday, June 28, 2014
Wednesday, June 11, 2014
MALAM NISFU SYAABAN
Nisfu Syaaban
Di dalam bulan Syaaban juga terdapat satu malam yang penuh rahmat, iaitu Malam Nisfu Syaaban. Pada malam ke-15 bulan Syaaban ini, doa menjadi sangat mustajab.
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa yang menghidupkan malam dua hari raya dan malam pertengahan bulan Syaaban, maka hatinya tidak mati biarpun semua hati mati ketika itu.”
Umat Islam disarankan untuk menghidupkan malam ini dengan membaca surah Yaasin sebanyak 3 kali selepas solat maghrib.
Bacaan pertama diniatkan mohon panjangkan umur dalam mentaati Allah, kemudian dibaca doa-doanya.
Bacaan kali keduanya dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkati-Nya, kemudian lalu dibacakan doa-doanya.
Kemudian bacaan ketiga pula serta diniatkan minta ditetapkan iman dan mati dalam iman, kemudian dibacakan doa-doanya.
Namun jangan lupa agar kita membaca dengan penuh tenang dan tidak terkejar-kejar.
Pada malam Nisfu Syaaban, telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya:
“Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus pintu rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak, durhaka terhadap ibubapa.” (Al-Hadis)
Sunday, May 25, 2014
LATIHAN "FIRE DRILL"
Latihan "fire drill" diadakan di SK SERI LANGKAP, SETIU pada 26 Mei 2014 (Isnin) bagi melatih pelajar dalam menghadapi situasi kebakaran di sekolah. Loceng kecemasan dibunyikan dan pelajar akan menyelamatkan diri dengan berjalan melalui laluan kecemasan yang telah disediakan oleh pihak sekolah ke padang SK SERI LANGKAP. Di situ pelajar akan diberi taklimat yang lebih mendalam dalam menghadapi situasi kebakaran di sekolah.
Saturday, May 17, 2014
Saturday, May 3, 2014
Tuesday, April 22, 2014
PERKHEMAHAN 2014
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM
PERSATUAN PENGAKAP
&
PERSATUAN PUTERI ISLAM
SK SERI LANGKAP
17-19 APRIL 2014
DATARAN SK SERI LANGKAP
MURID TAHAP 2
Saturday, March 29, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)





