Thursday, February 10, 2011

LARIAN MERENTAS DESA SKSL 2011

TARIKH : 10 FEBRUARI 2011
MASA : 9.00 PAGI (Memulakan Larian)
TEMPAT : DEWAN TERBUKA SK. SERI LANGKAP

PEMENANG LARIAN



PASUKAN SORAK





MEMULAKAN LARIAN


MENDENGAR TAKLIMAT

MAJLIS PENGAGIHAN EBOOK DUN LANGKAP

Majlis Pengagihan eBOOK kepada murid tahun 5 bagi tahun 2011 telah dijalankan di Dewan Sivik Sg. Tong dengan jayanya.  Sebanyak 551 buah eBOOK telah diagihkan kepada 23 buah sekolah di Dun Langkap.







Wednesday, February 2, 2011

551 murid terima e-Book

LANGKAP – Seramai 551 murid Tahun Lima daripada 24 sekolah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap menerima e-Book yang disumbangkan Kerajaan Negeri untuk kemudahan pembelajaran dan pengajaran di sekolah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Langkap, Asha’ari Idris berkata, pengagihan e-Book telah memasuki tahun ketiga kepada murid sekolah rendah yang layak menerima, walaupun sebelum ini pelbagai kata-kata tidak puas hati dilontarkan kepada Kerajaan Negeri.

“Namun, hasil kesungguhan Kerajaan Negeri untuk melihat kejayaan dalam bidang pendidikan terutama murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah di negeri ini, usaha itu berjaya dilaksanakan secara menyeluruh.

“Apa yang penting, peranan ibu bapa amat penting bagi memastikan e-Book digunakan secara berhati-hati dan dijaga sebaik mungkin agar tidak mudah rosak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pembahagian e-Book sekolah daerah Setiu DUN Langkap di Dewan Sivik Sungai Tong.

Menurutnya, penggunaan e-Book secara berperingkat kepada murid sekolah rendah diharap dapat meningkatkan prestasi kecemerlangan sekolah di luar bandar apabila menerima kemudahan itu.

“Ini sebab, daerah Setiu antara yang terbaik di peringkat negeri sejak belakangan ini, terutama dalam keputusan peperiksaan awam.

“Kita berhasrat biarlah kecemerlangan ini sentiasa berterusan demi menyahut saranan Kerajaan Negeri melahirkan lebih ramai cendekiawan dalam kalangan anak jati Terengganu pada peringkat tertinggi,” katanya.

Asha’ari berkata, demi memantapkan sistem pendidikan di Terengganu, Kerajaan Negeri sentiasa komited dengan memberi peruntukan besar terhadap pembangunan pelajar terutama di peringkat sekolah setiap tahun.

“Oleh itu, saya menyarankan setiap rakyat dapat menilai sendiri kecaknaan Kerajaan Negeri dalam menyediakan perkhidmatan terbaik dan tidak mudah mendengar cakap-cakap kosong pihak tidak bertanggungjawab demi kepentingan masing-masing,” katanya.

Antara murid sekolah yang terlibat dalam pembahagian e-Book peringkat DUN Langkap termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Lubok Teras, Fikri (Sungai Tong), Batu 29, Sungai Tong, Bari, Kampung Rahmat, Chalok, LKTP Chalok Barat dan Bukit Putera.

Selain itu, SK Langkap, Seri Langkap, Sungai Lerek, Merbau Menyusut, Sungai Las, Kampung Tayor, Kampung Bukit, Jelapang, Alur Lek Kasar, Pak Ba, Pelong, Bukit Mundok, Payong Baru dan Kampung Jaya.

-Sinar Harian Edisi Terengganu 
http://www.sinarharian.com.my/sh/terengganu

Saturday, January 29, 2011

MAJLIS PENYERAHAN EBOOK DUN LANGKAP, SETIU

HARI : SELASA
TARIKH : 1 FEBRUARI 2011
MASA : 9.00 PAGI 
TEMPAT : DEWAN SIVIK SG. TONG

Wednesday, January 12, 2011

SISTEM MESRA JPNT

Sistem Mesra JPNT diwajibkan diisi oleh setiap sekolah di negeri Terengganu.  Sistem Mesra ini dibangunkan oleh JPNT untuk mengisi kehadiran guru,staf dan juga murid atau pelajar sekolah . Sistem ini mula diisi oleh setiap sekolah di negeri Terengganu pada awal persekolahan 2011.

Klik link ini untuk mengisi kehadiran guru, staf dan murid >>>  http://www.moe.gov.my/jpnterengganu/mesra/

Wednesday, December 29, 2010

Pendaftaran Kemasukan Sesi Persekolahan 2011

Tarikh : 30 Disember 2011
Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi
Tempat : Dewan Ilmuan Sk Seri Langkap

Saturday, November 13, 2010

TAHNIAH KEPADA MURID SKSL YANG CEMERLANG UPSR 5A & 4A

SENARAI MURID 5A
1) NUR LIYANA RADHIAH
2) KHAIRIAH NUR HANIM
3) NUR SYAKINAH
4) NOR SYAZWANI 

SENARAI MURID 4A
1) MUHAMMAD AMIN HAKIMI
2)MUHAMMAD BADRUL AMIN 
3) SITI NURHAWA