Monday, February 28, 2011

Sambutan Maulidur Rasul SKSL (1 Malaysia 1 Ummah)

Aturcara

8.00 pagi : Berkumpul di Dewan Ilmuan (selawat beramai-ramai)
8.15 pagi : Ketibaan AJK PIBG
8.20 pagi : Bacaan doa
8.30 pagi : Ucapan Guru Besar SKSL
8.40 pagi : Ucapan Yang Dipertua PIBG
9.00 pagi : Ceramah Maulidur Rasul
10.00 pagi : Selawat Beramai-ramai
10.15 pagi : Rehat
10.45 pagi : Pertandingan Kuiz Bertulis
11.15 pagi : Pertandingan Mewarna
11.45 pagi : Berkumpul di Dewan Ilmuan (Pertandingan Nasyid)
12.15 tengahari : Penyampaian Hadiah
12.45 tengahari : Jamuan dan Bersurai

Pertandingan Mewarna


Berkumpul Di Dewan Ilmuan

Pertandingan Nasyid Tahun 4

Pertandingan Nasyid Tahun 5

Pertandingan Nasyid Tahun 6

Penyampaian Hadiah bagi Kuiz Bertulis


Penyampaian Hadiah bagi Pertandingan Mewarna

Barisan Juri

Pemenang Pertandingan Mewarna

Thursday, February 10, 2011

LARIAN MERENTAS DESA SKSL 2011

TARIKH : 10 FEBRUARI 2011
MASA : 9.00 PAGI (Memulakan Larian)
TEMPAT : DEWAN TERBUKA SK. SERI LANGKAP

PEMENANG LARIAN



PASUKAN SORAK





MEMULAKAN LARIAN


MENDENGAR TAKLIMAT

MAJLIS PENGAGIHAN EBOOK DUN LANGKAP

Majlis Pengagihan eBOOK kepada murid tahun 5 bagi tahun 2011 telah dijalankan di Dewan Sivik Sg. Tong dengan jayanya.  Sebanyak 551 buah eBOOK telah diagihkan kepada 23 buah sekolah di Dun Langkap.







Wednesday, February 2, 2011

551 murid terima e-Book

LANGKAP – Seramai 551 murid Tahun Lima daripada 24 sekolah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap menerima e-Book yang disumbangkan Kerajaan Negeri untuk kemudahan pembelajaran dan pengajaran di sekolah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Langkap, Asha’ari Idris berkata, pengagihan e-Book telah memasuki tahun ketiga kepada murid sekolah rendah yang layak menerima, walaupun sebelum ini pelbagai kata-kata tidak puas hati dilontarkan kepada Kerajaan Negeri.

“Namun, hasil kesungguhan Kerajaan Negeri untuk melihat kejayaan dalam bidang pendidikan terutama murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah di negeri ini, usaha itu berjaya dilaksanakan secara menyeluruh.

“Apa yang penting, peranan ibu bapa amat penting bagi memastikan e-Book digunakan secara berhati-hati dan dijaga sebaik mungkin agar tidak mudah rosak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pembahagian e-Book sekolah daerah Setiu DUN Langkap di Dewan Sivik Sungai Tong.

Menurutnya, penggunaan e-Book secara berperingkat kepada murid sekolah rendah diharap dapat meningkatkan prestasi kecemerlangan sekolah di luar bandar apabila menerima kemudahan itu.

“Ini sebab, daerah Setiu antara yang terbaik di peringkat negeri sejak belakangan ini, terutama dalam keputusan peperiksaan awam.

“Kita berhasrat biarlah kecemerlangan ini sentiasa berterusan demi menyahut saranan Kerajaan Negeri melahirkan lebih ramai cendekiawan dalam kalangan anak jati Terengganu pada peringkat tertinggi,” katanya.

Asha’ari berkata, demi memantapkan sistem pendidikan di Terengganu, Kerajaan Negeri sentiasa komited dengan memberi peruntukan besar terhadap pembangunan pelajar terutama di peringkat sekolah setiap tahun.

“Oleh itu, saya menyarankan setiap rakyat dapat menilai sendiri kecaknaan Kerajaan Negeri dalam menyediakan perkhidmatan terbaik dan tidak mudah mendengar cakap-cakap kosong pihak tidak bertanggungjawab demi kepentingan masing-masing,” katanya.

Antara murid sekolah yang terlibat dalam pembahagian e-Book peringkat DUN Langkap termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Lubok Teras, Fikri (Sungai Tong), Batu 29, Sungai Tong, Bari, Kampung Rahmat, Chalok, LKTP Chalok Barat dan Bukit Putera.

Selain itu, SK Langkap, Seri Langkap, Sungai Lerek, Merbau Menyusut, Sungai Las, Kampung Tayor, Kampung Bukit, Jelapang, Alur Lek Kasar, Pak Ba, Pelong, Bukit Mundok, Payong Baru dan Kampung Jaya.

-Sinar Harian Edisi Terengganu 
http://www.sinarharian.com.my/sh/terengganu